Ibnu Hazmi al-Abqary
Wednesday, 31 March 2021
ADAB: SUAMI DAN ISTERI TEMPAT BERMULANYA MANUSIA BERSIFAT INSANI
Friday, 28 August 2020
LAUNGAN MERDEKA DAN SIMBOLIK PERGERAKAN TANGAN
Saturday, 13 June 2020
SURAT TERBUKA UNTUK AHLI PARLIMEN PASIR PUTEH P028, YB Dr. Nik Zawawi Hj. Saleh
Sunday, 15 September 2019
PERPADUAN UMMAH & PIAGAM MUAFAKAT NASIONAL
Tanggal 14 September 2019 menjadi titik bersejarah dalam politik Malaysia dengan termeterainya satu persefahaman Piagam Muafakat National antara dua parti politik Melayu Islam terbesar tanah air. Hakikatnya, persefahaman dua parti ini yang banyak berjasa memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan negara hingga ke hari ini bukanlah kali pertama, kerana PAS dan UMNO pernah bersama membentuk pemerintahan negara atas nama Barisan Nasional pada 28 Disember 1972.
Namun, bagi setengah pengkaji, penyatuan PAS-UMNO setelah insiden Mei 1969 itu, bukanlah atas sokongan dan dokongan penuh akar umbi parti, tetapi hanya atas persefahaman dua pemimpin tertinggi mereka ketika itu, iaitu Datuk Asri Muda dan Tun Abdul Razak. Atas sebab itulah dikatakan punca penyatuan tersebut gagal bertahan lama. Oleh itu, persefahaman 914 kali ini menjadi suatu harapan besar oleh setengah orang Melayu Islam terutama yang non-partisan untuk melihat kejayaan Piagam yang dimeterai itu, demi kecintaan kepada agama, bangsa dan negara. Apatah lagi persefahaman ini dilihat mendapat dokongan penuh akar umbi kedua parti, walaupun terdapat segelintir pimpinan yang masih sinis dengan matlamat sebenar Muafakat Penyatuan Ummah (Muafakat Nasional) ini serta pelbagai fitnah daripada lawan politik masing-masing.
Menariknya lagi, muafakat ini dimeterai dalam suasana rakyat Malaysia masih lagi dalam mood menyambut Kemerdekaan dan pembentukan Negara Malaysia. 14 hari selepas Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos, dan 2 hari menjelang Hari Malaysia pada 16 September. Bagi rakyat yang cintakan kemerdekaan, keamanan dan keharmonian negara, tentu sekali tarikh-tarikh tersebut mempunyai nilai sentimentalnya sendiri dalam menzahirkan kecintaan kepada negara. Dan sudah barang tentu, pemilihan tarikh memeterai Piagam Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO ini mempunyai signifikan yang tersendiri.
September 2019, menjadi bulan penting dalam mencipta sejarah politik negara bertuah bernama Malaysia. Dikala negara dilanda tsunami politik yang penuh kecelaruan, kegagalan kepimpinan negara dan parti politik dalam memahami realiti politik negara dek kerana kepentingan serakah politik mereka sehingga pentadbiran negara dilihat gagal berfungsi dengan baik, ditengahnya tercipta satu muafakat politik terbesar antara dua musuh yang telah berpuluh tahun lamanya bermusuhan.
Pengharapan kepada muafakat ini, akan menjadi titik tolak kepada tajdid (pembaharuan) politik tanah air yang akan mengislahkan (memperbaiki) kerosakan sistem yang ada dengan meletakkan agama, bangsa dan negara sebagai asas dan pasak utama pembentukan ketamadunan Negara Islam bernama Malaysia.
Rasul Junjungan Besar Muhammad SAW pernah bersabda bahawa akan muncul dan bangkitnya pembaharuan di setiap zaman (setiap 100 tahun) atas nama agama.
Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW dengan
sabdanya, “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini pada
awal setiap seratus tahun orang yang mentajdidkan bagi (umat)nya,
agamanya". (Hadis riwayat Abu Daud)
Tahun 2019 adalah tahun ke 95 kejatuhan Empayar Islam terakhir Turki Uthmaniyah. Kejatuhan Khalifah Islam terakhir akibat daripada retorik pembaharuan berbentuk sekular-liberal perlu diambil iktibar oleh umat Islam sejagat. Dan jika diamati sejarah kejatuhan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyah dengan kejatuhan Kerajaan UMNO-BN yang lebih 60 tahun memerintah negara, jalan ceritanya seakan hampir sama. Retorik pembaharuan berbentuk sekular-liberal diangkat, anak muda dipergunakan kononnya "kuasa anak muda" sehingga terzahir kebanggaan dalam diri mereka setelah menempa 'kejayaan', tetapi akhirnya, 'kejayaan' yang diharap melangit telah mendatangkan kekecewaan dan penyesalan dalam kalangan mereka.
Dengan mengambil iktibar daripada sabda Rasulullah SAW dan peristiwa kejatuhan Empayar Islam Turki Uthmaniyah, umat Islam seharusnya bersiap sedia dalam segala kemungkinan. Bersedia dengan segala kemungkinan, kerana bukan sahaja kebenaran yang sedang bangkit, tetapi fitnah yang tidur mula terjaga. Dan keduanya, antara KEBENARAN (HAK) dan FITNAH (BATHIL) akan membawa kita kepada pengakhiran, sama ada baik atau buruk.
5 tahun lagi, akan genaplah seratus tahun kejatuhan Empayar Khalifah Islam terakhir itu. Dan disetiap seratus tahun, akan bangkit suatu tajdid dalam kalangan umat Islam. DAN TIDAK MUSTAHIL, jika Penyatuan Ummah dan Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai antara PAS-UMNO itu adalah SUATU YANG IKHLAS ATAS NAMA AGAMA, MENJUNJUNG AQIDAH DAN PENSYARIATAN ISLAM YANG SEBENAR, MELETAKKAN KEADILAN DAN KEBENARAN SEBAGAI ASAS PERJUANGAN, MAKA TIDAK MUSTAHIL TAJDID DAN ISLAH ITU AKAN DIMULAKAN DAN DIBANGKITKAN OLEH UMAT ISLAM DI MALAYSIA. TANAH YANG BERKAT, YANG BERSEMADI RAMAI ULAMA, KEKASIH ALLAH DAN RASULNYA.
Janji Allah itu PASTI, dan setiap yang diperkatakan Rasulnya adalah Wahyu Yang Maha Berkuasa.
Hang Tuah pernah berkata, "takkan Melayu hilang di dunia, selagi mana berpegang teguh dengan Islam".
@IbnuHazmi
15 September 2019
Tuesday, 9 July 2019
SEJARAH: ISLAM, MELAYU DAN PERJUANGAN
Keterlibatan para ulama dalam perjuangan membina negara bangsa Malaysia yang berdaulat tidak boleh dinafikan sama sekali. Begitu juga penafian yang mengatakan bahawa, hanya parti UMNO sahaja yang memperjuangkan bangsa dan kemerdekaan Tanah Melayu, manakala perjuangan para ulama dan agamawan Tanah Melayu hanya semata berkisar menegakkan syiar Islam dengan meletaktepikan perjuangan bangsa adalah retorik dalam penulisan sejarah. Tujuannya hanyalah untuk mengangkat suatu pihak dengan menidakkan pihak lain demi kepentingan kuasa dan politik.
Hakikatnya, perjuangan para Ulamak Tanah Melayu dalam menjaga kedaulatan dan kemerdekaan Tanah Melayu serta bangsa Melayu telah bermula sebelum penubuhan UMNO lagi.
Perjuangan ini bermula sejak Melaka ditakluki Portugis pada 24 Ogos Tahun 1511. Melihat kepada kemerosotan tamadun dan kejatuhan kuasa politik orang Melayu Islam ke tangan kuasa kuffar setelah kejatuhan Melaka pada 1511, para Ulamak Melayu mula berusaha keras mempertahankan bumi Islam ini. Apatah lagi, disebalik kejatuhan Melaka, bermula kejatuhan negeri-negeri Melayu Utara kepada penjajah Siam seperti Pattani, Yala, Nara, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Para Ulamak Melayu yang merasa "terhutang budi" terhadap peranan Melaka dalam menyebarkan Islam di Tanah Melayu, mula bangkit atas nama agama dengan melancarkan siri serangan jihad. Antaranya adalah daripada tentera jihad dari Demak, Acheh, Riau, Naning dan Johor berusaha menghalang Portugis dari bumi Melaka.
Begitu juga jihad mempertahankan bumi Melayu lain seperti di Pattani, Pahang dan sebagainya. Disebalik perjuangan jihad mempertahankan bumi Melayu ini, peranan yang dimainkan oleh para Ulamak amatlah besar. Para Ulamak tidak hanya berada di pondok-pondok, bahkan mereka berada di istana dan memegang jawatan penting termasuklah jawatan Wizarah al-Harb (Menteri Pertahanan). Antara Ulamak Melayu yang memainkan peranan ini adalah Tok Bendang Daya Tua atau Wan Mustafa al-Fathani yang merupakan Panglima Perang Pattani.
Pada Tahun 1870an, perjuangan kemerdekaan negera dan perjuangan mempertahankan kesucian Islam di Tanah Melayu telah berubah daripada bentuk jihad al-harbiyah (jihad perangan/ ketenteraan) kepada jihad organisasi kerana keadaan umat Islam ketika itu tidak mempunyai kekuatan yang cukup terutama setelah penjajahan British mula menguasai istana.
Bermulanya gerakan berorganisasi di Tanah Melayu adalah melalui gerakan yang berpusat di Makkah melalui sokongan Khalifah Uthmaniyyah di Istanbul. Melalui gerakan berorganisasi inilah, politik Islam mula dibina dengan perbagai saluran termasuk media massa dengan menerbitkan majalah atau surat khabar seperti al-Imam, Neracha dan al-Ikhwan.
Ulama Melayu pertama yang membentuk gerakan berorganisasi ini adalah Sheikh Ahmad bin Mohammad Zain al-Fathani (Sheikh Ahmad al-Fathani) melalui penubuhan Jam'iyah al-Fathaniyah di Mekkah pada Tahun 1873.
Kemudian Raja Ali Kelana yang merupakan murid kepada Sheikh Ahmad al-Fathani telah menubuhkan Jam'iyah Rusyidiyah pada 1880 di Pulau Penyengat, Riau Indonesia, dan Jam'iyah Khairiah pada 1900 yang berkembang sehingga ke Jakarta pada Tahun 1905, seterusnya menjadi asas kepada penubuhan Sarekat Islam Indonesia. Kemudiannya penubuhan Muhammadiyyah dan Nahdatul Ulama yang akhirnya bergabung membentuk Masyumi pada Tahun 1945 di Jogjakarta.
Di Mesir, Jam'iyah Khairiyah Talabah al-Jawiyah telah ditubuhkan pada 1923 oleh murid Sheikh Ahmad al-Fathani seterusnya menyumbang kepada perkembangan Nasionalisme Melayu.
Di Kelantan, murid Sheikh Ahmad al-Fathani yang terkenal iaitu, Tok Kenali telah menubuhkan Jam'iyah al-Asyriyyah di Kota Bharu pada 1920. Jam'iyah ini telah menjadi asas kepada penubuhan Jahbah Ulamak ad-Dinniah di Kelantan pada 1936.
Pada Tahun 1934, Syed Sheikh al-Hadi yang juga murid kepada Sheikh Ahmad al-Fathani telah menubuhkan kelab pembaca bagi Akhbar Saudara pimpinannya yang diberi nama Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) yang bertaraf nasional. PASPAM mempunyai cawangan di Gunung Semanggol, Perak yang mana setiausaha cawangan adalah Haji Ahmad Fuad Hassan yang merupakan pengasas dan YDP Agung PAS pertama.
Perkembangan berorganisasi Ulamak Tanah Melayu ini, tidak lain adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan Umat Islam daripada kekuasaan penjajah kuffar. Gerakan ini kemudiaannya diteruskan dan dipelopori oleh generasi pondok pada Tahun 1990an.
Hasilnya, lahirlah nama-nama besar dalam perjuangan gerakan Islam Tanah Melayu seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Sheikh Abu Bakar al-Baqir, Abdul Kadir Adabi, Abdul Rahim Kajai dan ramai lagi serta penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
Setelah kekalahan Jepun, para Ulamak mengambil langkah menyokong PKMM yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin al-Helmy. Pada 1947, akibat daripada tekanan dan sekatan pengaruh agama dalam PKMM, Dr Burhanuddin telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) sebagai sayap agama PKMM.
Hasilnya, melalui MATA ini telah tertubuhnya Hizbul Muslimin pada awal Tahun 1948. Dasar yang dibawa oleh Hizbul Muslimin adalah "Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan bangsa Melayu berdaulat..." sehinggakan mendapat tekanan oleh British. Akibat tekanan British telah melumpuhkan gerakan parti tersebut dan pimpinan utama mereka telah ditahan di bawah Ordinan Darurat 1948. Melihat kepada dasar perjuangan Ulamak Melayu dalam Hizbul Muslimin, jelaslah bahawa perjuang para ulamak tidak sesekali meninggalkan bangsa dalam perjuangan menegakkan Islam.
Rentetan daripada tekanan British, ahli-ahli Hizbul Muslimin seperti Haji Ahmad Fuad, Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Maliki, Sulaiman Palestin dan ramai lagi telah mengambil pendirian untuk bergerak di bawah UMNO. Bahagian Agama UMNO yang ditubuhkan sejak 1946 telah diaktifkan semula.
Setelah tekanan dan pengharaman terhadap parti-parti berhaluan kiri oleh British, Dr Burhanuddin al-Helmy dan penyokongnya memasuki UMNO dan bergerak di bawah pemuda UMNO. Maka ketika inilah bermula tekanan terhadap tuntutan merdeka oleh UMNO. Malah, slogan "Hidup Melayu" Pemuda UMNO telah ditukar kepada "Merdeka" pada Tahun 1951 atas desakan bekas ahli-ahli PKMM melalui Pemuda UMNO Kuala Pilah. Walau bagaimanapun, tindakan Pemuda UMNO menggunakan perkataan "Mereka" dikatakan tidak direstui oleh pimpinan tertinggi UMNO ketika itu.
Walau bagaimanapun, Bahagian Agama UMNO yang terdiri daripada para Ulamak Melayu ternyata tidak berpuas hati dengan pendirian Pimpinan UMNO terutama dalam hubungan UMNO dan British, dan beberapa perkara lain telah membawa kepada penubuhan satu parti lain yang menjadikan perjuangan Islam sebagai asas.
Pada 23 Ogos 1951, tertubuhnya parti berasaskan perjuang Islam dengan nama Parti Islam Se-Malaya (PAS) [kini dikenali Parti Islam Se-Malaysia] di dalam persidangan Ulamak yang dianjurkan oleh UMNO bertempat di Gunung Semanggol, Perak. Menariknya Yang Di-Pertua Agung PAS pertama adalah Hj Ahmad Fuad Hassan yang merupakan orang kuat Dato' Onn yang merupakan Presiden UMNO ketika itu. Manakala antara yang turut terlibat dalam mengasaskan PAS adalah Sheikh Abdullah Fahim (datuk kepada Abdullah Ahmad Badawi) dan anaknya Hj Ahmad Badawi (ayah kepada Abdullah Ahmad Badawi) yang keduanya merupakan Ulamak Besar Tanah Melayu ketika itu.
Ternyata, melihat kepada sejarah perjuangan para Ulamak Tanah Melayu, mereka tidak pernah memisahkan perjuangan bangsa dan agama dalam menuntut kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu dan Agama Islam khususnya.
@Ibnu Hazmi
Monday, 28 January 2019
DI MANA DAN KE MANA MELAYU
- Sedikit perkongsian apabil diminta oleh bos untuk mengadakan program bedah buku bagi tujuan meningkatkan produktiviti dan pemikiran staf. Lalu aku mengambil saranan itu dengan memilih sebuah buku daripada Datuk Zaini Hassan iaitu CUIT "DILEMA MELAYU MODEN" dengan tajuk Melayu Bukan UMNO Lagi, Melayu Sudah Minoriti. Ya, sebuah buku yang menarik pembacaan bagi yang minat kepada politik dan ketuanan Melayu. Lalu aku namakan semula tajuk penulisan ini sebagai "Di Mana dan Ke Mana Melayu?"
Beberapa keistimewaan telah diberikan kepada bangsa Melayu sebagai Tuan Tanah dalam Perlembagaan Malaysia iaitu
- Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat
- Perkara 152 berkaitan kedudukan Bahasa Melayu
- Perkara 8(5)(f) Rejimen Askar Melayu Diraja dengan pengecualian orang bukan Melayu
- Perkara 89 Tanah Rezab orang Melayu
- Kami namakan dan kami panggil dia bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu.
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihr dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu, kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan rejimen askar melayu selain untuk membeteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara ini.
- Kami kekalkan dan kami jamin jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja melayu memerintah negara ini.
- Kami isytiharkan Islam adalah agama persekutuan.
- Kami tetapkan Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkankepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.
- Raja Berperlembagaan
- Agama Islam
- Bahasa Melayu
- Hak Istimewa Orang Melayu
- Kerakyatan (dikongsi dengan Orang Cina dan India)
- Pulang ke negara asal
- Berpindah ke negara Asia di bawah jajahan British
UNTUKMU MELAYU, Tun Dr. Mahathir Muhamad pernah berkata bahawa“Melayu mudah Lupa”. Manakala Hang Tuah berkata,“Takkan Melayu hilang di dunia selagi berpaksikan ajaran Islam”. Hakikatnya semua itu berada dalam diri kita bergelar MELAYU. Kita memilih jalan kita. Ke mana dan di mana kita adalah berdasarkan pilihan kita. Hancur bangsa, maka hilanglah agama, hilang agama, hancurlah bangsa. KERANA HAKIKAT BANGSA DAN AGAMA ITU MENGIKAT JATI DIRI KITA.
p/s Penulisan ini telahpun ditulis dalam paparan ini pada tahun 2017, tetapi baharu diterbitkan dengan editing lengkap.
ISLAM ERA MALAYSIA BAHARU
Kemenangan pakatan Harapan dalam PRU-14 disusuli dengan pelbagai isu yang menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat di pelbagai peringkat. Ia bermula dengan isu kelewatan dalam pelantikan Jemaah Menteri, diikuti dengan pelantikan Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara dalam kalangan orang bukan Islam, serta penggunaan bahasa selain Bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan oleh Menteri Kewangan. Kemudian muncul pula perdebatan berkaitan kegagalan melaksanakan Manifesto Pilihan Raya Pakatan Harapan yang membawa kepada kenyataan “manifesto bukan kitab suci yang wajib dipatuhi” oleh Perdana Menteri Malaysia. Tidak lupa juga polemik antarabangsa melibatkan penarikan tentera Malaysia dari Arab Saudi dalam konflik Asia Barat. Pasca PRU-14 seolah membuka suatu medan polemik agama, bangsa dan bahasa yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan baharu hari ini.
Fokus utama penulisan ini adalah berkaitan dengan isu semasa Islam dalam negara pasca PRU-14. Ini kerana isu-isu tersebut telah mencetuskan kekecohan dan menjadi suatu fitnah terhadap agama dan umat Islam. Antara isu-isu berbangkit mengenai Islam dalam Era Malaysia Baharu adalah berkaitan dengan Islam dan kedudukannya di Malaysia.
Kedudukan agama Islam di Malaysia adalah jelas terjamin di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan, malah turut melibatkan Institusi Majlis Raja-Raja Melayu. Hal ini menunjukkan betapa kukuh dan tingginya kedudukan Islam di Malaysia. Walau bagaimanapun, isu berkaitan Islam dan kedudukannya seringkali dibangkitkan dan dijadikan subjek perdebatan dalam arena politik negara. Menjelang PRU-14, polemik ini semakin tegang dengan penularan berita-berita yang boleh menjejaskan kedudukan Islam dalam negara seperti gerakan kristianisasi, gerakan Islam Liberal dan sekular serta beberapa isu lain. Selain itu, kebimbangan berkaitan kedudukan Islam juga kelihatan terancam dengan timbulnya isu mempersoalkan kedudukan dan penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang merupakan badan penyelaras tertinggi Islam di Peringkat Persekutuan. Ini dapat dilihat dengan timbulnya kritikan dan cadangan penghapusan JAKIM oleh pemimpin dan pendokong Pakatan Harapan terutama daripada DAP seperti Zairil Khir Johari, Lim Kit Siang, Sarajun Hoda Hassan (bekas Timbalan Pengerusi BERSIH), Siti Zabedah Kasim (Aktivis) serta Datuk Noor Farida Ariffin daripada G25. Selain mempersoalkan kedudukan JAKIM, gerakan menggugat kedudukan Institusi Beraja dan Yang Di-Pertuan Agong yang merupakan Ketua Agama Islam Malaysia giat dijalankan dengan mencetuskan fitnah dan propaganda yang menibulkan fitnah kepada Institusi berkenaan. Ditambah pula dengan pelantikan Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara dalam kalangan non Muslim yang dikatakan akan menggugat kedudukan dan kepentingan Melayu-Islam. Apatah lagi rekod individu tersebut yang dilantik ke jawatan penting dalam negara ini dikatakan tidak memihak kepada pelaksanaan Islam di Malaysia dan dikatakan gagal mendapat persetujuan YDPA pada awalnya. Timbulnya isu-isu berbangkit yang menggugat Melayu-Islam pasca PRU-14 telah membawa kepada suatu “Himpunan Kebangkitan Ummah” oleh NGO-NGO Melayu-Islam bertempat di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang disertai oleh lebih 2,000 umat Islam dari seluruh negara.
Selain itu, penafsiran Hifz al-Din dan Toleransi Agama yang cuba dibawa oleh kerajaan Malaysia Baharu juga mendapat perhatian pelbagai kelompok masyarakat dalam negara. Polemik ini bermula apabila Menteri Agama, Dr. Mujahid Yusoftelah menafsirkan Hifz al-Din sebagai bukan sahaja menjaga agama Islam, tetapi menjaga semua agama berdasarkan konsep Rahmatan Lil Alamin dan toleransi dalam beragama dan berdakwah.
Di samping itu juga, timbul juga polemik berkaitan Tajassus dalam kes tangkapan khalwat oleh pihak berkuasa agama. Perkara ini timbul apabila YB Menteri Agama, Dr. Mujahid Yusof mengeluarkan kenyataan bahawa tiada lagi serbuan khalwat akan dibuat dalam era kerajaan baharu ini. Perkara ini, timbul dengan perdebatan antara ruang awam dan ruang peribadi yang menghadkan sesuatu tindakan kepada pihak berkuasa dan kebebasan kepada individu dalam ruangan peribadi mereka.
Selain daripada beberapa polemik tersebut, muncul juga polemik berkaitan tuntutun puak LGBT yang diberi layanan khas oleh pimpinan kerajaan, isu perkahwinan bawah umur dan beberapa isu lain yang dianggap menggugat kedudukan Islam di Malaysia.
PENUTUP