Menjelang tarikh keramat Merdeka 31 Ogos, telah bermula program-program sambutan yang diadakan di pelbagai peringkat sama ada sekolah, agensi, parlimen dan pelbagai lagi. Tidak ketinggalan perasmi-perasmi program dan majlis tersebut dirasmikan oleh orang-orang hebat termasuklah ahli parlimen dan kepimpinan negara.
Walau dunia dilanda pendemik termasuk Malaysia, kelihatannya program sambutan tarikh keramat kemerdekaan negara masih meriah walau dengan norma baharu.
NAMUN BERAPA RAMAI YANG BENAR-BENAR MENGHAYATI LAUNGAN KEMERDEKAAN TERSEBUT.?
Setiap tahun menjelang Hari Kemerdekaan Negara, saya suka memerhati laungan kemerdekaan dan pergerakan dalam mengangkat tangan ke udara/langit. Dari sekecil-kecil masyarakat, sehingga kepada sebesar-besar pemimpin negara. MASIH RAMAI YANG TAK TAHU atau SALAH DALAM PERGERAKAN TANGAN KETIKA MELAUNGKAN "MERDEKA".
Semasa laungan kemerdekaan, jari haruslah digenggam ketika ingin mengangkat tangan tersebut. Setelah tangan dah hampir sepenuhnya di udara, kelima-lima jari tersebut haruslah dibuka menegak ke langit serentak dengan laungan "DEKA".
APAKAH MAKSUD DISEBALIK PERGERAKAN TANGAN TERSEBUT?
Maksudnya mudah, ketika laungan "MER", tangan diangkat dan jari dalam genggaman menunjukkan bahawa kita berada dalam penjajahan. Kita dijajah. DAN serentak dengan sebutan "DEKA", kelima-lama jari dilepaskan menegak ke langit yang membawa maksud kebebasan. Kita sudah bebas daripada cengkaman dan genggaman penjajah.
ITULAH MAKSUD DISEBALIK SIMBOLIK PERGERAKAN TANGAN LAUNGAN MERDEKA.
Tapi berapa ramai yang tahu atau sedar akan hal ini? Dari sekecil anak sehingga kepada pemain politik dan pemimpin negara, masih ada yang gagal memahami maksud disebalik pergerakan tangan laungan merdeka.
KEBANYAKAN, melaungkan merdeka sambil mengangkat tangan, NAMUN jari masih digenggam erat di udara.
APA ERTINYA?? Adakah itu menandakan kita masih lagi belum MERDEKA sepenuhnya?? Seperti yang ramai berbicara, NEGARA KITA MERDEKA, TETAPI JIWA KITA MASIH BELUM MERDEKA.
Yaa, mungkin hal ini kelihatan remeh pada sesetengah orang, namun ia suatu yang besar pada mereka yang benar menjiwai KEMERDEKAAN DAN PERJUANGANNYA.
Tidaklah saya mengatakan bahawa saya menjiwai Kemerdekaan melebihi orang lain. Tetapi, bila disebut merdeka, saya lebih gemar menghayati sejarahnya, simboliknya berbanding dengan sambutannya.
Apa guna kita menghadiri program sambutan yang gilang gemilang, dihidangi dengan nyanyian dan pancaragam yang begitu bersemangat, tetapi kita gagal menghayati makna dan sejarah disebalik kemerdekaan. Seperti mana ramai orang Islam di seluruh dunia bangga dan bersyukur dengan kembalinya Hagia Sofiya di Turki menjadi masjid, namun tak seorang yang mengambil iktibar dan menyelusuri sejarah kejatuhan Hagia Sofiya ke tangan Kafir untuk diteladani.
Sekali lagi, pergerakan tangan laungan merdeka bukan sekadar pergerakan biasa, ia adalah SIMBOLIK KEPADA KEMERDEKAAN YANG PERLU DIHAYATI.
MOGA RAMAI YANG SEDAR DAN TAHU KAEDAH DAN MAKSUD DISEBALIK PERGERAKAN TERSEBUT.
p/s lihat tangan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dalam gambar di bawah. Nak lagi jelas, boleh cari video bagaimana Beliau mengangkat tangan ketik laungan tersebut.
SATU LAGI, 31 Ogos adalah Hari Kemerdekaan SEPATUTNYA BUKAN Hari Kebangsaan. 'Independent Day' adalah Hari Kemerdekaan. Hari Kebangsaan adalah pada 16 September iaitu Hari Malaysia (National Day).
SELAMAT HARI MERDEKA : MALAYSIA PRIHATIN
terima kasih sebab terangkan pasal benda ni skrg dh tau makna disebalik tgn tu
ReplyDelete