- Sedikit perkongsian apabil diminta oleh bos untuk mengadakan program bedah buku bagi tujuan meningkatkan produktiviti dan pemikiran staf. Lalu aku mengambil saranan itu dengan memilih sebuah buku daripada Datuk Zaini Hassan iaitu CUIT "DILEMA MELAYU MODEN" dengan tajuk Melayu Bukan UMNO Lagi, Melayu Sudah Minoriti. Ya, sebuah buku yang menarik pembacaan bagi yang minat kepada politik dan ketuanan Melayu. Lalu aku namakan semula tajuk penulisan ini sebagai "Di Mana dan Ke Mana Melayu?"
Melayu Bukan UMNO Lagi, Melayu Sudah Minoriti di mulakan dengan kata-kata Mahathir Muhamad sempena Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara.
"Orang Melayu sekarang tidak lagi boleh mempertahankan diri mereka sendiri. Jika mereka bertemu dan bercakap (untuk mempertahankan diri mereka) mereka akan dicop rasis."(Ahad, 22 Mac 2009)
Penulis (Zaini Hassan) menyatakan bahawa Orang Melayu hari ini lebih bahaya berbanding zaman British menakluk Negeri-Negeri Melayu melalui Malayan Union. Melayu pada zaman itu tidak dicop rasis sama ada oleh British mahupun bukan Melayu ketika itu, malah diakui mereka akan hak-hak Melayu sebagai penduduk asal orang Melayu. Malah setiap perjanjian di Tanah Melayu dibuat bersama Raja-Raja Melayu tanpa melibatkan kaum lain. Dan SEKARANG, Malaysia bukan lagi hak Melayu dan menjadi hak orang Malaysia sehingga berlaku tuntuan kesamarataan yang tidak munasabah walaupun telah dipersetujui bersama berpuluh tahun dahulu. Malah Melayu telahpun berpecah kepada beberapa kumpulan.
Penulis menyenaraikan Melayu telah berpecah kepada Melayu Liberal, Melayu Ulama, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu atas Pagar dan Melayu UMNO.
Melayu Liberal dikatakan Melayu yang telah hilang roh dan semangat Melayu. Mereka tidak peduli siapa sahaja memerintah negara asalkan konsep kesamarataan diadaptasikan tanpa melibatkan kaum. Kebanyakkan mereka ini lahir daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan meningkatkan taraf hidup Melayu.
Manakala Melayu Ulama dinisbahkan kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) yang dikatakan menolak semangat kebangsaan. Kebangsaan hanya untuk Melayu bukan untuk Islam. Golongan ini dikatakan menolak UMNO kerana tidak berlandaskan Islam. Penulis juga mengatakan berlaku dua aliran PAS yang dipimpin oleh TG Nik Aziz dan TG Abdul Hadi.
Melayu PKR pula merupakan serpihan UMNO hasil daripada pemecatan Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu. Melayu PKR juga dikatakan menekankan prinsip kesamarataanseperti golongan liberal dan merupakan bukan perti berasakan kaum seperti PAS dan UMNO.
Melayu DAP pula merupakan golongan minoriti yang pada dasarnya hanya dilihat sebagai pak turuh pemimpin DAP.
Manakala Melayu atas pagar pula dilihat sebagai golongan penentu dalam setiap pemilihan. Golongan yang dilihat keliru dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dikatakan tidak peduli akan apa yang berlaku asalkan dapat hidup seperti biasa. Golonagan yang bijak memerhati dan tidak banyak cakap dilihat penting untuk diberi perhatian bagi menjamin kemenangan pilihan raya.
Melayu terbesar adalah Melayu UMNO yang telah berpuluh tahun memerintah negara. Melayu UMNO dahulu dikatakan tinggi semangat Melayu dan jati dirinya. Mereka tidak tamak kuasa mahupun harta sehingga suara mereka dapat menyatupadukan Cina, India dan lain-lain kaum di Tanah Melayu. Manakala UMNO sekarang dilihat lebih mementingkan kuasa dan harta sehingga dilabel sebagai parti penuh rasuah.
Melihat kepada luahan hati penulis, amat wajar saya meletakkan tajuk dengan soalan Di Mana dan Ke Mana Melayu?. Ditambah dengan situasi politik yang kian mencabar, memperlihatkan kuasa Melayu semakin terumbang ambing dan berlaku kekeliruan dalam kalangan Melayu sendiri.
Menjawab kepada persoalan Di Mana dan Ke Mana Melayu, suka saya membawa kita semua menerjah menelusuri Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas utama pembetukan Negara Malaysia. Kedudukan Perlembagaan Malaysia sebagai sumber perundangan dan pentadbiran nombor satu negara di atas Yang DiPertuan Agong seharusanya tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana manusia yang tinggal dan menetap di Malaysia sama ada bumiputera, bukan bumiputera mahupun orang asing yang datang ke tanah bertuah ini. Walau bagaimanapun, kelihatan makin ramai yang berani mempersoalkan kedudukan Perlembagaan ini atas nama hak asasi bagi memenuhi kehendak nafsu tanpa memikir akan keburukan mendatang.
Bercakap mengenai "Melayu" seharusnya kita perlu mengetahui apa itu Melayu. Melayu pada asasnya merujuk kepada mana-mana penduduk yang hidup di antara dua kepulauan terbesar dalam dunia asia iaitu China dan India dan lebih dikenali dengan Kepulauan Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks Negara Malaysia, Orang Melayu telahpun dibuat penafsirannya melalui Perkara
160 (2) Perlembagaan Malaysia iaitu orang Melayu itu mestilah beragama Islam,
mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu.
Beberapa keistimewaan telah diberikan kepada bangsa Melayu sebagai Tuan Tanah dalam Perlembagaan Malaysia iaitu
- Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat
- Perkara 152 berkaitan kedudukan Bahasa Melayu
- Perkara 8(5)(f) Rejimen Askar Melayu Diraja dengan pengecualian orang bukan Melayu
- Perkara 89 Tanah Rezab orang Melayu
Perkara ini dapat dilihat berdasarkan Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu (persetujuan pembentukan
perlembagaan persekutuan 5 Ogos 1957)
- Kami namakan dan kami panggil dia bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu.
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihr dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu, kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan rejimen askar melayu selain untuk membeteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara ini.
- Kami kekalkan dan kami jamin jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja melayu memerintah negara ini.
- Kami isytiharkan Islam adalah agama persekutuan.
- Kami tetapkan Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkankepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.
Selain daripada Perlembagaan Malaysia dan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu, pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum ini turut diikat dengan persetujuaan Kontrak Sosial yang menjadi asas Perlembagaan
Tanah Melayu. Kontrak Sosial ini telah dipersetujui bersama oleh pemimpin kaum terbesar di Tanah Melayu pada waktu itu yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Dalam persetujuan Kontrak Sosial ini, terdapat 6 perkara sebagai syarat yang perlu dipersetujui antara Orang Melayu yang merupakan Tuan Tanah dengan Kaum Cina dan India yang merupakan golongan pendatang. 6 perkara tersebut adalah berkaitan:-
- Raja Berperlembagaan
- Agama Islam
- Bahasa Melayu
- Hak Istimewa Orang Melayu
- Kerakyatan (dikongsi dengan Orang Cina dan India)
Dalam hal ini, British telah menawarkan dua pilihan kepada orang Cina dan India jika mereka tidak bersetuju dengan "tawaran" yang diberikan untuk menjadi rakyat Tanah Melayu iaitu:-
- Pulang ke negara asal
- Berpindah ke negara Asia di bawah jajahan British
Dalam mengikat Kontrak Sosial tersebut, terdapat persetujuan bahawa pelanggarab mana-mana syarat tersebut akan membawa terbatalnya Kontrak Sosial dan orang Melayu mempunyai hak untuk
mengeluarkan mereka daripada Tanah Melayu.
Sememangnnya, Tanah Melayu sebagai hak orang Melayu tidak boleh dipersoalkan sama sekali oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, sesebuah negara itu diasaskan oleh bangsa asal yang menetap di kawasan tersebut. Perkara ini dapat dilihat melalui pembentukan Negara
Arab yang merupakan negeri kepada bangsa Arab, Negara
Eropah merupakan negeri orang Eropah, Negara
Afrika merupakan negeri bagi orang Afrika. Begitu juga dengan Negara China dan India yang merupakan negeri bagi bangsa Cina dan India. Perkara ini jelas dengan Tanah Melayu atau Malaysia merupakan hak bangsa Melayu seperti mana Kepulauan Melayu itu sendiri yang diduduki oleh bangsa Melayu. Hakikat ini perlu diterima oleh bangsa lain yang ingin menetap di Tanah Melayu atau Malaysia tanpa sebarang persoalan.
Perpecahan yang menjadi polemik antara bangsa Melayu di Malaysia pula sebenarnya lebih kepada pegangan ideologi politik yang celaru dan was-was. Perkara yang sering menjadi perdebatan adalah sama ada perjuangan itu berdasarkan Nasionalisme – Melayu atau Islam? Pada asasnya, pertembungan dan perdebatan ideologi ini seharusnya tidak perlu timbul kerana hanya menampakkan kebodohan bangsa Melayu berpolitik. Sama ada perjuangan politik bangsa Melayu itu bedasarkan Nasionalisme-Melayu atau Islam sebenarnya adalah sama kerana jelas tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Melayu itu adalah Islam. jadi semestinya Islam di Malaysia itu adalah Melayu. Apa yang terpenting adalah pelaksanaan syariat dan kewajipan sebagai orang Melayu beragama Islam. Berkaitan sama ada ideologi Nasionalisme-Melayu atau Islam yang harus diutamakan, keduanya adalah merupakan suatu yang perlu diselarikan. Hal ini kerana, jika Melayu itu kuat dengan semangat Melayunya, nescaya Islam di Tanah Melayu akan kuat. Begitu juga jika Islam kuat, nescaya Melayu akan menjadi kuat. Begitu juga jika sebaliknya salah satu lemah, maka keduanya akan menjadi lemah - Kerana Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu - Dalam konteks ini, penulis tertarik untuk memetik kata-kata tokoh pembaharuan Tanah Melayu yang juga merupakan tokoh besar Parti Islam Semalaysia (PAS).
“Dalam perjuang kita (PAS) bagi
mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu
sebagai Kebangsaan bagi Tanah Melayu ini dengan bertapak asas ideologi Islam
yang suci” – Dr.
Burhaniddin al-Hilmy/30 Ogos 1960
Jika ditelusuri dalam konteks Sirah
Nabawiyyah juga adalah sama. Lihat sahaja sirah pembukaan
Kota Madinah sebagai negara Islam Pertama berperlembagaan. bagai mana Nabi SAW menyeiringkan perjuangan memartabatkan bangsa dan agama di Madinah. Selain membina masjid, Nabi telah mengambil pendekatan menyatupadukan
Aus dan Khazraj, yakni bangsa Arab Madinah (penduduk asal) yang berperang sama sendiri berpuluh tahun lamanya. Setelah itu, Baginda menyatukan pula Muhajirin dan Ansar. Baginda berjuang mengangkat martabat bangsa Arab Madinah dengan membela
bangsa Arab daripada penindasan kaum pendatang Yahudi yang merupakan bangsa pendatang di Madinah. Dengan ketinggian martabat dan kekuatan yang terbina dalam kalangan bangsa Arab yang merupakan bangsa asal Madinah serta penyatuan bangsa yang dilakukan oleh Baginda SAW, telah memudahkan penyebarana Agama Islam di Madinah, malah turut tersebar ke seluruh pelosok dunia.
Hakikatnya, sama ada perjuangan bangsa atau agama, ia harus diselarikan agar terjalin kesepaduan dan kekuatan yang membawa kepada pembangunan peradaban kerana keduanya saling berkait.
UNTUKMU MELAYU, Tun Dr. Mahathir Muhamad pernah berkata bahawa“Melayu mudah Lupa”. Manakala Hang Tuah berkata,“Takkan Melayu hilang di dunia selagi berpaksikan ajaran Islam”. Hakikatnya semua itu berada dalam diri kita bergelar MELAYU. Kita memilih jalan kita. Ke mana dan di mana kita adalah berdasarkan pilihan kita. Hancur bangsa, maka hilanglah agama, hilang agama, hancurlah bangsa. KERANA HAKIKAT BANGSA DAN AGAMA ITU MENGIKAT JATI DIRI KITA.
UNTUKMU MELAYU, Tun Dr. Mahathir Muhamad pernah berkata bahawa“Melayu mudah Lupa”. Manakala Hang Tuah berkata,“Takkan Melayu hilang di dunia selagi berpaksikan ajaran Islam”. Hakikatnya semua itu berada dalam diri kita bergelar MELAYU. Kita memilih jalan kita. Ke mana dan di mana kita adalah berdasarkan pilihan kita. Hancur bangsa, maka hilanglah agama, hilang agama, hancurlah bangsa. KERANA HAKIKAT BANGSA DAN AGAMA ITU MENGIKAT JATI DIRI KITA.
“Indahnya Melayu kerana Adat
Kuatnya Melayu kerana Sepakat
Terbilangnya Melayu kerana Islam
Diangkat
Itulah Melayu Bangsa Keramat”
p/s Penulisan ini telahpun ditulis dalam paparan ini pada tahun 2017, tetapi baharu diterbitkan dengan editing lengkap.
p/s Penulisan ini telahpun ditulis dalam paparan ini pada tahun 2017, tetapi baharu diterbitkan dengan editing lengkap.
No comments:
Post a Comment