"Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci" - Dr. Burhanuddin al-Helmy/30 Ogos 1960
Jelas dengan apa yang diperkatakan oleh pengasas Parti Islam Se Malaysia itu tentang pentingnya perjuangan memartabatkan bangsa dalam memastikan kelangsungan politik negara. Walau bagaimanapun, perjuangan itu haruslah diselarikan dengan ajaran agama yang syumul demi sebuah keadilan.
Hang Tuah ada menzahirkan bahawa "takkan Melayu hilang di dunia selagi berpaksikan ajaran Islam" menunjukkan peri penting perjuangan bangsa itu agar tidak terpisah dari asas-asas agama.
Selaras dengan Sirah Nabawiyyah ketika Hijrah Rasulullah yang diceritakan sebagai pedoman untuk semua. Ketika berada di Madinah, Nabi S.A.W mengambil inisiatif menyatukan bangsa Arab Madinah yang terdiri daripada Kaum Aus dan Khazraj, serta bangsa Arab Madinah dan Arab Makkah. Baginda S.A.W juga bertindak membela dan memperjuangkan hak bangsa Arab Madinah yang pada ketika itu ditindas oleh bangsa pendatang Yahudi sama ada dari segi ekonomi dan sosial. Tindakan Baginda Nabi memperjuangkan hak bangsa Arab Madinah berteraskan perinsip-perinsip Islam telah membawa kepada pembinaan satu sistem ekonomi, politik dan sosial yang adil lagi baik dan seterusnya membina Negara Islam Madiah berperlembagaan pertama di dunia. Kejayaan sistem ini telah menjadi acuan dan rujukan dalam pembinaan negara bangsa lain.
Jelas sekali akan hakikat perjuangan memartabatkan bangsa amat perlu dan tidak boleh disangkal sama sekali. Perjuangan yang diselarikan dengan nas dan kehendak agama adalah suatu titik permulaan kepada pembentukan negara berdaulat dan disegani.
Menarik dalam politik negara kini, apabila parti-parti politik Melayu negara menjadikan agama sebagai asas kepada dasar perjuangan mereka sehingga lahirnya "politik matang dan sejahtera" yang menjadikan islam sebagi rujukan utama serta "Islam Progresif" sebagai menifestasi mendapatkan sokongan rakyat. Lebih menarik apabila laungan Takbir "Allahu Akbar" serta cadangan-cadangan menarik dalam memperkasakan Islam oleh pemimpin dan perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO PAU 2016. Namun sejauhmana Parti-Parti Politik Melayu ini menghubungjalinkan perjuangan memartabatkan Agama dan Bangsa bagi memastikan Islam dan Melayu terus bertapak di Negara ini. Dan sejauhmana perjuangan Parti Politik ini dalam memastikan kelangsungan "Integrasi Nasional" dalam menyatupadukan kepelbagaian kaum dan Agama di Negara ini sepertimana kejayaan Pembinaan Negara Islam Madinah.
MSR al-Abqary
No comments:
Post a Comment