Saturday, 13 June 2020

SURAT TERBUKA UNTUK AHLI PARLIMEN PASIR PUTEH P028, YB Dr. Nik Zawawi Hj. Saleh

PERBAHASAN BELANJAWAN 2020: SALAM KASIH BUAT MP PASIR PUTEH

Menarik perbahasan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh dalam membahaskan Belanjawan 2020. Penuh semangat dan padat dalam menyampaikan perbahasan. Membangkitkan isu-isu seputar dalam negara, sesekali memukul lawan.
 
Antara yang disentuh dalam perbahasan MP ini adalah berkaitan Konsep Rahmatan Lil 'Alamin, hal-hal berkaitan ekonomi dan perdagangan negara, isu royalti minyak untuk Negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Lebih menarik, dalam ucapan MP ini disentuh berkaitan keupayaan wanita Kelantan dalam berbisnes sehingga mampu bersaing dengan mana-mana rakyat dalam negara.

Dan MP ini juga menyentuh berkaitan negeri Kelantan yang sangat berpotensi dalam sektor pelancongan dengan adanya pelbagai seni budaya dan bentuk muka bumi yang menarik mampu menarik pelancong, yang sepatutnya diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan.

Ya, menarik ucapan oleh MP ini. TAPI MALANG, MP ini hanya bersemangat dan mampu menzahirkan ucapan di Dewan dan khalayak sahaja. Sudah setahun lebih, diangkat menjadi MP di Pasir Puteh, tapi hakikat tiada satu perubahan pun berlaku di parlimen itu, sama ada dari segi pembangunan ekonomi ataupun sosial masyarakat.

Setahun lebih bergelar MP Pasir Puteh, masih belum nampak apa-apa pelan pembangunan daripada seorang MP berlatarbekang agamawan dan ahli perniagaan ini. Yang ada hanyalah semangat berceramah dan baca kitab. Ohh MP, kalau setakat berceramah dan baca kitab, lebih baik tak perlu jadi wakil rakyat. Jadi guru agama lagi bagus.

MP ini mahukan Kerajaan Persekutuan memberi tumpuan khusus kepada sektor pelancongan di Kelantan, tapi sehingga kini, masih belum nampak sebarang usaha ke arah pembangunan ekonomi di Pasir Puteh oleh MP ini walau sehelai perancangan strategik.

Ohh MPku Ahli Parlimen Pasir Puteh, tidak usah bercakap pasal Kelantan ataupun Malaysia, bercakap dulu hal berkaitan kawasan yang anda wakili. Di Pasir Puteh, pelbagai sektor boleh dibangunkan seperti pelancongan, pertanian, dan penternakan. Usah sembang kencang tapi habuk pun tidak ada. Merecik air liur busuk sahaja, buat orang tidak lalu makan.

Di Pasir Puteh, menjadi transit untuk pelancong ke Pulau Perhentian kerana lebih dekat dengan melalui Kota Bahru. Pasir Puteh juga ada jeram, ada pantai, ada tanah tinggi dan tanah rendah yang sesuai untuk pelancongan.

Pasir Puteh boleh dibangunkan dengan sektor penternakan kerana mempunyai kawasan lapang yang luas dan kebanyakan kampung sememangnya telah ada tanah rezab lembu kerbau. Belum kira perternakan ikan dalam sangkar air masin dan air tawar.
 
Pasir Puteh juga, ada tanah tinggi tanah rendah, tanah sawah, tanah pasir, paya dan tanah gambut sesuai untuk tanam pelbagai jenis tanaman pertanian. Kalau setakat tanam kelapa, cili, padi, kelapa sawit, ubi, dan nanas, boleh sangat diusahakan.

Pendek kata banyak benda boleh dibangunkan di Pasir Puteh. Asalkan YB MP ada usaha, ada perancangan dan ada kemahuan. Tak usah sembang untuk negara mahupun negeri, usaha dulu untuk daerah yang YB wakili. Wujudkan dulu Pelan Pembangunan Parlimen Pasir Puteh.

Sepatutnya YB menggunakan kebolehan, kebijaksanaan dan pengaruh YB sebagai seorang ahli perniagaan untuk membangun dan memperjuangkan perubahasan di kawasan Pasir Puteh. Apatah lagi dengan kepandaian agama yang YB miliki, sepatutnya Pasir Puteh boleh dijadikan bandar pembangunan contoh di Kelantan.

Arrrghhhh.. Sembangg laa YB. Buat penat aku tulis panjang-panjang, YB bukan fikir apa. Janji YB dapat elaun bulanan. Rakyat kenyang dengan ceramah mingguan YB sahaja di masjid dan surau. Sembang pasal amanah, tapi amanah sendiri tak tau ke mana. Bukan orang tak kenal siapa YB.

Aku Anak Pasir Puteh
Sokong aku bertempat, bangkangan aku pada prinsip
Ditulis pada 16 Oktober 2019